Saturday, February 21, 2009

Sedikit perkongsian

Salam dan selamat pagi!

Apa khabar anda semua? Sihat? Alhamdulillah.

Hari ini, saya terasa ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Diharapkan dapatlah juga memberi sedikit panduan kepada anda semua dan juga kepada diri saya juga. Insya Allah.

Pagi ini, selesainya solat Subuh, saya terus menghadap pc untuk memeriksa blog saya dan juga menyertai permainan kata di http://mainkata.com/blog/, sekadar untuk mencuba nasib. Hehehe...

Selain itu juga, saya telah memeriksa Yahoo Messenger saya. Terlihat di situ kenalan yang juga sedang memeriksa Yahoo Messenger mereka. Saya terus klik di Yahoo Messenger kenalan lama saya iaitu Azri. Beliau kini berada di UK, dan sedang meneruskan pengajiannya. Saya berniat sekadar mengacaunya, tetapi telah meleret-leret ke topik lain.

Antara topik yang kami bincangkan ialah berkenaan internet dan juga Debit Card. Beliau memberitahu saya bahawa di UK, mereka lebih maju daripada Malaysia (maklumlah, Malaysia ni negara membangun). Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, berkenaan penggunaan Debit Card. Di UK, kedai-kedai biasa juga telah melaksanakan sistem Visa, dan ianya agak memeranjatkan bagi saya kerana Malaysia tidak sebegitu maju.

Saya secara peribadinya, ada juga menyimpan Debit Card iaitu Debit Card Maybank (comel bentuknya, dan mempunyai gambar epal merah,hehehe...) dan juga Tune Card (previous post), tetapi tiada masa untuk menggunakannya. Saya juga tertarik dengan Debit Card yang di guna oleh Azri, iaitu Visa Debit Lloyds. Beliau memberitahu bahawa lebih senang untuk menggunakan Debit Card ini kerana cawangan Bank Lloyds yang banyak di UK. Bila saya bertanya tentang Maybank, beliau memberitahu Maybank tidak mempunyai banyak cawangan di UK. Beliau turut memberitahu terdapat cawangan Maybank di London. Selain itu, terdapat juga HSBC Bank di UK. Di sini kita dapat melihat bank tempatan yang menembusi pasaran dunia.

Bersentuh tentang bank ini, Azri memberitahu beliau menggunakan Islamic Banking. Saya turut bertanya tentang perbezaan. Beliau memberitahu memang banyak perbezaan di antara Islamic Banking dan juga Conventional Banking. Beliau juga menyarankan saya bertukar ke Islamic Banking. Niat kita bukan untuk mengejar kelebihan sementara, tetapi kita mempunyai kewajipan sebagai seorang muslim. Beliau juga turut memberi URL supaya boleh di jadikan rujukan berkenaan perbankan iaitu :

www.zaharuddin.net

Di sini, terdapat banyak persoalan tentang perbankan yang telah diperincikan oleh Ustaz Zaharuddin. Semoga kita dapat menambah lagi ilmu di dada menerusi sedikit maklumat yang diberikan ini. Insya Allah.

Azri juga memberitahu, sekembalinya ke Malaysia, beliau akan turut menukar dari Conventional Banking kepada Islamic Banking.

Saya berfikir sejenak. Saya mempunyai akaun di Bank Islam, CIMB, Maybank, Affin Bank dan juga Bank Simpanan Nasional. Alangkah banyaknya akaun yang perlu di convert. Tapi itu semua bukan alasan, yang penting adalah kewajipan. =)

Dan kemungkinan besar saya akan kerap menggunakan Debit Card Maybank dan Tune Card sekembalinya saya ke UiTM pada semester hadapan. Insya Allah. Lagi pun, penggunaan Credit Card sebenarnya adalah 'haram'. Fikir-fikirkan lah.

No comments: