Thursday, February 19, 2009

Permainan Kata

Hye kawan-kawan!

Pagi ini, semasa sedang mengemaskini Facebook, mataku secara automatik telah melirik ke arah satu iklan, iaitu Mainkata. Nampak menarik, fikirku.

Aku andaikan ianya permainan berupa 'puzzle'. Nyata tekaanku hampir tepat, melainkan permainan ini memerlukan kita membina perkataan daripada satu major perkataan (perkataan utama). Aku tak melepaskan peluang, kerana permainan ini nampak seronok, jadi tak salah jika kita mencuba.

Aku mencuba Contest #002 Binakata yang mana tarikh tamatnya ialah pada malam ini. Aku telah memasukkan 3 perkataan dasar yang dapat di fikirkan olehku iaitu :

CENDERA
PANDAI
RANCAP

Namun, setelah memeriksa 'posting' dari peserta lain, nyata aku telah lambat, kerana mereka telah terlebih awal memikirkannya. Bukan nasibku, getusku dengan sedikit geram. =)

Apa yang lebih menarik, permainan ini membolehkan kita mendapatkan hadiah wang tunai. Anda suka? Mestilah suka, betul tak? Kalau anda berminat, anda boleh menyertainya melalui pautan Mainkata yang berada di sebelah kanan blog ini iaitu di kawasan 'Pautan Lain'.

Selamat mencuba, semoga anda berjaya membina perkataan yang unik dan mendapatkan duit!

No comments: