Friday, February 20, 2009

Pemboikotan besar-besaran

Sempena dengan serangan zionis ke atas saudara kita di Palestin yang baru berlaku baru-baru ini, kita seharusnya sedar bahawa kita perlu memboikot semua barangan dan produk Israel dan Amerika. Bagi mereka yang tak sedar atau tak mengetahui apakah produk-produk mereka, boleh la ke url ini:

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.h
tml

Jiakalu anda masih ragu-ragu lagi, boleh lah ke
url berikut untuk mengetahui sama ada mereka bersekutu atau pun tidak!

http://www.ifamericansknew.org/


Malah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan :

“Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”
Saya juga pernah berjanji dengan kawan ingin membelanjanya prosperity burger pada tahun ini, tapi insiden yang melampau ini telah menukar haluan pandangan saya, dan saya merasakan jijik sekali untuk membeli makanan di McD, kerana saya tak sanggup setiap nilai bayaran saya ini menjadi peluru untuk memusnahkan saudara-saudara saya.

Berikut merupakan produk yang telah menjadi ke
biasaan untuk kita menggunanya secara sedar atau tidak sedar. Anda perlu menukar produk ini dengan produk Malaysia, ianya turut akan memberi kesan kepada kemajuan negara.Jadi, anda mahu bersubahat dalam membunuh saudara seagama kita yang tidak bersalah?

Anda jangan cuma memikirkan tentang kesenangan diri anda, fikirlah tentang saudara kita yang sedang menderita di sana.

Boikot lah semua produk-produk sekutu-sekutu terlaknat ini.

No comments: