Friday, February 27, 2009

Pagi yang cerah

Salam dan selamat pagi.

Malam tadi, aku tidur lambat. Pagi ni, aku bangun cepat. Huh, agak mengantuk sebenarnya, tapi aku bukan jenis tidur lepas bangun Subuh. Jadi, akhirnya aku memilih untuk online. Malam tadi aku ada menyertai Contest #004: Carikata. Aku telah memasukkan 3 perkataan iaitu :

PANCING
KELOMPANG
RAMPING

Kemudian, pagi ini aku telah memasukkan 3 lagi perkataan, yang pada asalnya aku dah standby 5 iaitu :

JERAYAWARA
MAKSIMA
FAMILIA

Sebenarnya ada 2 lagi perkataan iaitu, TRIBUNAL dan ANIMASI. Tetapi di sebabkan syarat mengatakan 3 perkataan untuk satu hari, amak ianya telah terlebih awal dikesan oleh peserta lain. Hehehe...

Dan, pagi ini sangat cerah. Tak mendung pun. Dan burung-burung juga berkicauan. Dan terdengar adik aku menangis teresak-esak sebab nak pinjam pc aku. Hoh? Sibuk je.

Orait, sampai sini sajalah untuk pagi ni, adik aku nak pinjam pc sebentar.

Salam.

No comments: