Wednesday, February 11, 2009

Jenayah?

Bila sebut tentang jenayah je,mesti ramai yang fikir jenayah yang berat-berat macam membunuh, merompak dan macam-macam lagi lah. Tetapi ada lah juga jenayah yang sederhana-sederhana ni. Macam yang aku pernah lakukan lah. =)

Kejadian ni berlaku di kampung sebelah ibu ku. Masa tu, aku baru berusia 6 tahun.

Ceritanya begini. Abang aku ni seorang yang suka menabung, bukan macam aku, jauh api dari panggang! Aku ni dah lah tak menabung, malah suka membeli mainan-mainan pula. Biasa lah masa tu, budak-budak lagi, bukannya pandai sangat guna akal. =)

Aku bersekolah agama, saing dengan abang aku yang masa tu berusia 8 tahun (2 tahun tua dari aku). Tapi semasa ibu ku menghantar kami ke sekolah, aku dengan bergayanya telah mencuri duit dari tabung abang aku. Mula-mula tu, abang aku pun tak sedar yang aku curi duit dia. Sampai lah satu tahap dia tertanya-tanya mana aku dapat duit untuk beli mainan (banyak mainan aku beli,memang patut dia syak).

"Mana kau dapat duit nak beli mainan-mainan ni?". Along bertanya.

"Aku pakai duit sendiri lah, tadi kan mak ada bagi!". Aku menjawab dengan selamba.

Punya lah berdolak dalik masa tu, dengan harapan dia tak syak.

Sesampainya kat rumah ni, abang aku terus periksa tabung dia lah.

"Alamak, mati lah aku!", itu lah yang tergetus di hati aku.

Aku tahu memang lepas ni, kena marah habis-habis punya lah. Abang aku sedar, dan terus dia beritahu ibubapa ku. Masa tu, aku memang pasrah je. Aku memang kena marah, siap kena bagi amaran lagi.

"Adik, kenapa curi duit Along?". Tanya ibuku.

"Lepas ni kalau ayah tahu adik curi duit lagi, ayah rotan adik!". Ayahku memberi amaran.

Aku tertunduk malu. Terkelu lidah tak berkata-kata. Ibubapaku merenung aku, tak termampu untuk aku membalas pandangannya. Abang aku kesian melihat aku walaupun dia sedar dia mangsa kejadian. Biasalah, mana ada abang yang tak sayang adik!

Lepas kejadian tu, aku pun jadi lah budak baik. Insaf tak nak buat lagi. Ibu aku pernah cakap, mencuri itu berdosa. Cikgu pun cakap macam tu juga. Mungkin betul lah apa yang mereka cakap. Aku turuti sehingga lah ke hari ini.

'Mencuri itu berdosa'

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

nurhazDV said...

hak2..mengong...takmo simpan dlm tabung la cani..eheh