Sunday, February 22, 2009

Handphone Idamanku & Review

Model SE W980i

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Anda sem
ua ada handphone tak? Mesti ada kan? Ha, aku pun ada juga handphone. Walaupun mempunyai handphone, aku tetap juga mempunyai handphone idaman. Seperti orang lain juga, mempunyai kereta, tapi mempunyai kereta impian. Sebagai contoh, jika seseorang telah mempunyai kereta Myvi SE, adakah dia akan berpuas hati dengan keretanya? Sudah tentu tidak! Dia akan memasang impian untuk mempunyai kereta yang lebih High Standard seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche.

Bagi aku yang tak mempunyai kereta ni, belum lagi berfikir ke arah tersebut. Aku sekadar mempunyai handphone idaman. Hahaha... =)
Bai
klah, aku telah mempunyai handphone jenama Sony Ericsson, iaitu model K660i. Sebelum itu, aku telah mempunyai handphone Nokia 5200, namun telah di curi semasa aku tidur di dalam bilik. Di pendekkan cerita, aku hanya memakai handphone lamaku yang telah ku pakai sejak 2006. Agak lusuh juga lah. Hahaha...

Handphone SE K66
0i ini telah ku beli pada bulan Januari lepas. Pada mulanya, aku bercadang untuk membeli handphone K850i, tetapi disebabkan aku mempunyai wang yang sedikit, aku telah membeli handphone K660i. Aku membeli handphone K660i ini atas beberapa pertimbangan iaitu fungsinya yang mengoptimumkan penggunaan internet. Walhal ada handphone yang lagi power seperti K770i (3.2 MP, Cybershot), dan berharga lebih murah dari K660i. Tapi atas dasar penggunaan internet, aku telah memilih K660i. Lagipun, K660i ini ialah handphone jenis 3.5G yang mempunyai connectivity HSDPA (lebih up dari EDGE, WAP, dan GPRS).

Tetapi seperti yang ku cakap, aku mempunyai handphone idamanku juga. Handphone idamanku ini telah ku tunggu sejak setahun lepas (belum memasuki pasaran Malaysia), dan telah berada di pasaran
sejak November 2008. Dan semestinya belum mampu untuk aku miliki pada waktu ini. Handphone ini berjenama SE, iaitu model Xperia (X1). Pada masa ini, ianya berharga RM3199. Cukup mahal dan belum mampu dimiliki oleh aku. Namun, kehadiran beberapa model baru dari keluarga SE juga turut menggamit perhatianku. Terbaru, model W980i yang bergaya elegan turut mencuri perhatianku. Model ini berharga RM1699. Kedua-dua Xperia dan W980i ini juga menggunapakai HSDPA yang menyokong connectivity 3.5G. Walaupun harga model-model ini agak mahal sekarang, seperti di ketahui umum, harga model SE akan jatuh secara mendadak berikutan pengeluaran banyak model baru.

Walaupun baru dikenali di pasaran handphone dengan jenama 'Sony Ericsson', Sony berjaya menghasilkan handphone dengan teknologi yang tinggi dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Berlainan dengan Nokia yang menjual handphone dengan harga yang lebih mahal berbanding teknologi yang dihasilkannya. Lagipun, Nokia juga adalah sebahagian produk yang seharusnya kita boikot. Pengguna muslim boleh memilih untuk membeli jenama lain yang tidak di boikot, dan saya menyarankan anda semua memilih SE atas faktor-faktor teknologi.


Bagi yang menggemari handphone touchscreen, anda boleh memilih di antara Samsung SGH-F480, LG KC910 Renoir dan Samsung i900 Omnia. Model-model ini merupakan model full touchscreen.
Tadi merupakan sedikit entri berkenaan handphone idamanku dan juga sedikit review tentang handphone. Aku agak taksub dengan Sony Ericsson kerana ianya berpatutan (promote SE ke?). Hahaha...

Jadi, anda juga mempunyai handphone idaman. Survey dulu sebelum anda membeli. Ataupun anda boleh mendapatkannya dari aku. Hubungi email proceez@gmail.com.


Sekian saja entri kali ini, kita berjumpa pada entri akan datang.


Selamat malam semua!

1 comment:

chi787 said...

Brand new Mobile phone Plasma tv , Laptop game at cheap price come with complete accessories with one year international warranty.

Email address : mediapoints_21@live.com


SONY ERICSSON XPERIA X1.......$450USD

AND MANY MORE…………
Sony Ericsson XPERIA X1 SPECS:
2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 850 / 1900 / 2100 / 1700
Dimensions 110 x 53 x 16.7 mm
Display Type TFT touchscreen, 65K colors
GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
Camera 3.15 MP, 2048x1536 pixels
Size 800 x 480 pixels, 3 inches
WLAN Wi-Fi 802.11b/g
- Full QWERTY keyboard
- Optical joystick navigation
Card slot microSD (TransFlash)
- 400 MB internal memory
- 128MB RAM, 256MB storage memory
- Qualcomm MSM7200 528MHz processor
Battery Standard battery, Li-Po, 1500 mAh

WE MAKE SHIPPMENT VIA UPS OR FEDEX EXPRESS OR DHL EXPRESS IN 2 DAYS AFTER CONFIRMATION OF PAYMENT.........

Email address : mediapoints_21@live.com